Followers

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers

Blog Archive

Wednesday, November 7

'BILA KITA DIUJI'

assalamualaikum 

mcm biasa la, hampir sebulan baru reti na mengUPDATE entry.  jawapan busy busy "hei mia ko fikir ko retis ke apa ha" hakhakhak. "bkan retis la hoi, i ni gegirl so kena cover na sebut perkataan MALAS tuuu" bahayaaa! soalan penting. sihat? dah makan? so kita harap ENTRY kali ni berguna untuk kamu2 semua yg di landa MUSIBAH, tapi yg  sebenarnya untuk diri sendri. supaya jadi lebih sabar dan kuat. dan belajar redha. doa kan untuk saya tau. biasa la hidup ni mcm roda. sejujur nya kali ni bermcm DUGAAN dtg dtg dan trus dtg. kita ni cuma hamba yg LEMAH, kdg2 rasa ta kuat sgt mmg ta kuat. tapi ini la pengalaman baru untk saya. dan saya percya ALLAH sayang saya sbb itu DIA memilih saya :')


sebuah kehidupan tu umpama masakan, dugaan dan cabaran dalam kehidupan itu adalah rencahnya jika tiada dugaan dan cabaran maka tiada rasa, hilang nikmatnya masakan kita. sebagai hamba pada yg ESA, kita harus yakin dugaan dalam kehidupan itu walaupun sangat sakit di hati, sangat seksa di mata tapi jika kita yakin setiap dugaan itu mendekatkan kita dengan Maha Pencipta, Insyallah kita akan merasa ketenangan 

orang kata hidup kita ni macam roda, sekejap di atas sekejap dibawah. tapi yakinlah yg percaturan Allah itu adalah yang terbaik utk kita walau pada mata kasar kita semuanya pahit, tapi pandanglah dengan mata hati betapa Allah itu sayangkan kita, kasihkan kita.


setiap apa yg diaturkan Allah itu sesungguhnya amat cantik, amat indah Jika Allah kata sesuatu itu bukan hak kita, maka biar apa pun yg kita lakukan sudah tertulis ia bukan hak kita, mengapa harus kita tangisi kalau Allah kata itu hak kita, ia akan tetap akan menjadi hak kita biar apapun dugaan yg datang, biar apapun yg melanda hidup kita.


so kengkawan, jika kita dilanda musibah jangan sesekali mengalah, jangan sesekali ngaku kalah untuk berjuang jangan sesekali terus tersungkur, kerana sesungguhnya Allah tetap bersama kita sekiranya kita yakin dengan hadirnya DIA Sekiranya kita tidak pernah lupakanNya.

saya bukanlah sebaik manusia, malah pengalaman dalam kehidupan juga masih cetektapi Alhamdulillah, tuhan menguji dan menguji hingga menyedarkan saya, hingga boleh berkongsi sedikit rasa dengan anda semua. yakinlah Allah itu sentiasa bersama kita, setiap masa setiap ketika. biar ada yg ingin musnahkan kehidupan kita, tapi kehidupan kita di tangan Allah, kalau tidak di izinkanNya maka kehidupan itu tetap akan sempurna buat kita.


  

No comments: