asssalamualaikum
jum ramai2 kita mengAMINkan doa ini.
DOA BUATMU PERWIRA NEGARA
Bismillahirrahmanirrahim :
Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah
keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu
menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk
dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan
kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini
Ya Allah.
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran
kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan
ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh
keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan,
Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat
kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.
Wahai
pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah
berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur
Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh
bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh
durjana petualang bangsa ya Allah.
Tidak akan kami biarkan,
biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami
mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam
mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan
pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami
berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa,
agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami
melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.
Ameen Ya ALLAH
No comments:
Post a Comment