Followers

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers

Blog Archive

Monday, February 25

tips cara minum air masak

Assalamualaikum

Nak kurus, nak cantik, kite kena byk mnum air suam tau. dalam usaha kita keluarkan duit beli macam-macam ubat dekat internet, dekat farmasi, kita kena ingat bahawa kita perlukan bantuan air suam untuk proses ini. dulu cik mia pun susah nk minum air suam ni, tak ambil kisah sgt pun. air suam ni banyak membantu kulit & badan kita tau, yakin & percayalah air masak sgt membantu kita dari dalaman. 

Untuk kulit yang cantik kita tak boleh bergantung pada skincare, vitamin dan ubat semata-mata, malah kita perlu menjaga pemakanan dan tanam sifat istiqamah dalam diri. bersabar,rajin dan jangan terlalu cepat putus asa

Kita sering-kali tedengar keluhan seperti :

“Malas nak minum air banyak, nanti asyik pergi tandas”

Tahu tak? bagus lah kerap ke tandas sebab semakin kerap kita minum air, secara tak langsung pembuangan toksin dlm bdn kita b'jln dgn baik. Bagus utk buah pinggang kita, utk kulit kita, utk penurunan berat badan kita juga.

  “Dahaga, tekak kering mesti nak minum minuman berais, susah la nak minum air masak je.”

Tahukah anda, dengan pengambilan air yang betul, anda dapat memastikan penggunaan air yang optimum di dalam badan?

 hari ini cik mia kongsikan cara pengambilan air supaya kita dapat konsisten n maintainkn amalan minum air suam ni. Alhamdulillah, cik mia skrg dpt maintainkan setiap hari 5liter air dgn amalkan tips yg sgt bagus utk semua. Tips ape tu kan?

Sebenarnya, cik mia pun dpt tips ni dr blog sis CPM Honey Nurhaliza, blogger terkenal tu kan.credit to her & thanks sgt ^.^. sgt2 membantu cik mia sehingga sekarang. JOM cik mia kongsikan tips sis CPM

SUBUH-minum setengah liter air sebelum solat & minum lg setengah liter selepas solat = 1liter
ZOHOR-minum setengah liter air sebelum solat & minum lg setengah liter selepas solat = 1liter
ASAR -minum setengah liter air sebelum solat & minum lg setengah liter selepas solat = 1liter
MAGHRIB-minum setengah liter air sebelum solat & minum lg setengah liter selepas solat = 1liter
ISYAK-minum setengah liter air sebelum solat & minum lg setengah liter selepas solat = 1liter
Jadi,cukup 5liter kan?
Bak kata sis CPM "bukan saja bdn dpt air yg m'cukupi, tetapi kita juga lebih serius dan lebih bersedia utk solat".

Banyak sgt yg boleh kita dapat kan, Alhamdulillah sama2 kita menuju ke arah yg lbh baik

good luck!

 

No comments: