Followers

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers

Blog Archive

Tuesday, May 29

selamat ulang tahun kelahiran abah ♥

Assalamualaikum 


Hi kenyitkenyit mata skit :* 
 kali ni na update entry khas untuk ABAH TERCINTA (SABRI BIN ABU BAKAR)


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ABAH :)




ABAH.
terima kasih abah.
terima kasih kerana sayang pada anak mu ini, terima kasih kerana telah menjaga anak mu ini,terima kasih kerana tabah menahan karenah anak mu ini, terima kasih kerana memenuhi segala permintaan anak mu ini,walaupun di saat itu, abah terpaksa mencari duit untuk memenuhi permintaan anak mu ini


ABAH.
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh. semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah. semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja


ABAH.
ketika aku mengalah. engkau semangatku ketika aku sakit engkau penawarku. ketika aku bersedih kau air mataku ketika aku ketawa engkau riangku. dan ketika engkau berduka? aku harap akulah penawar duka laramu.


ABAH.tiada kata indah untukmu.  melainkan lafas aku sayang padamu tapi  aku takut takut melihat pandangan matamu takut melihat wajah seriusmu 


ABAH. kaulah idolaku.  kaulah yang satu dan tak mungkin bertukar ganti.





TERIMA KASIH ABAH ♥

No comments: